CHAP GOH MEH
Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak
kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan
penutup bagi perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek
China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu
dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan
itu.
Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara
utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada
tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja
pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan
penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina.
Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu
dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi
jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.
Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang
berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung
dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari
gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan
dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia,
malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao
(Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan
keagamaan.
No comments:
Post a Comment