PERAYAAN BANGSA MELAYU
Menurut kajian, penduduk yang ramai dalam negara Malaysia ini ialah bangsa melayu. Di Malaysia, orang yang berbangsa melayu rata - ratanya adalah beragama Islam. Orang Islam di Malaysia menyambut dua jenis perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri atau nama lain Hari Raya Puasa dan Hari Raya Aidiladha atau nama lainnya ialah Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji.
Kedua - dua jenis perayaan ini disambut dengan cara yang sama tetapi ada juga perbezaan antara kedua - dua perayaan ini. Berikut ialah penjelasan mengenai kedua - dua perayaan tersebut
1.
HARI RAYA AIDILFITRI
Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia
akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini
disebut juga sebagai Hari Raya Puasa. Hari raya ini setelah
menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan.
Sambutan Hari
Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal
(rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab
berdasarkan Takwim Tahun Islam. Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1
Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari
raya di masjid atau pun surau.
Keesokan harinya, semua umat
Islam, lelaki dan perempuan akan ke masjid untuk menunaikan sembahyang
sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah. Di negara kita, sambutan
Hari Raya Aidilfitri ini disambut secara meriah pada setiap tahun.
Bermula
seawal bulan Ramadan lagi, umat Islam akan membuat persiapan tertentu
untuk menyambut kedatangan hari raya ini. Antara tradisi umat Islam di
negara ini, menjelang kedatangan 1 Syawal ini, adalah dengan menyediakan
pakaian baru untuk keluarga, menghias rumah, dan membuat berbagai-bagai
jenis kuih tradisi untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datang
berkunjung ke rumah.
Selain itu juga, umat Islam diwajibkan
membayar zakat fitrah bagi setiap anggota keluarga. Kadar nilai zakat
ini ditentukan oleh harga semasa beras, iaitu makanan asasi rakyat di
negara kita.
Pada hari raya Aidilfitri juga, umat Islam akan meyediakan
berbagai-bagai jenis juadah tradisional seperti lemang, ketupat, nasi
himpit, dodol, dan lain-lain lagi untuk tetamu yang datang berkunjung
dan beraya di rumah mereka. Bagi kanak-kanak pula, mereka amat gembira
kerana dapat bergaya dengan pakaian yang baru serta mendapat duit raya
apabila beraya dengan orang dewasa. Amalan memberi duit raya ini adalah
suatu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita pada
hari raya, iaitu untuk bersedekah dan menggembirakan anak-anak yang
masih muda.
Selain itu, pada hari raya juga, umat Islam di Malaysia mengambil
kesempatan untuk berkunjung ke pusara ahli keluarga dan saudara mara.
Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia lebih bermakna pada
hari ini dengan konsep rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak-pihak
tertentu.
Ini ialah antara makanan yang biasa dihidangkan setiap kali perayaan Aidilfitri
Ini pula ialah antara pakaian yang dipakai semasa Perayaan Aidilfitri.