tabika taman berkatpersiaranputra3.blogspot.com
tabika kemas bandar baru putra
tabika kemas nor
tabika kuala sepetang
tabikaku
Monday, 24 March 2014
Sunday, 16 February 2014
10) PERAYAAN DI MALAYSIA
HARI WESAK
Hari Wesak merupakan hati terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras". Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut agama Buddha di seluruh dunia.
Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.

- Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:
Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M. - Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
- Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.
9 ) PERAYAAN DI MALAYSIA
HARI GAWAI
Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Perayaan ini selalunya disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun.
Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan juga disediakan. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.
Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.
Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.
Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak.
Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.
Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka.
Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.
TARIAN PESTA GAWAI

8 ) PERAYAAN DI MALAYSIA
KRISMAS
Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam (original sin). Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19. Sambutan Hari Krismas sangat penting bagi gereja, iaitu sewaktu untuk mengadakan upacara atau majlis sambutan istimewa. Berikut ialah cara-cara Krismas disambut di gereja. Paparan kelahiran Jesus Christ Kebanyakan gereja mengamalkan adat memaparkan babak kelahiran Jesus. Dimulai oleh St. Francis dari Asissi pada abad ke-13, tradisi yang berasal dari Itali ini diperluaskan ke banyak negara lain. Babak kelahiran ini dipaparkan dalam bentuk patung sebesar saiz manusia, ataupun sekecil kotak mancis, diperbuat dari pelbagai bahan termasuk kayu, tembikar, kertas, kain, jerami, dan logam yang berwarna-warni.
Pada hari Krismas, diadakan sesi pembacaan kitab yang menceritakan kisah kelahiran Jesus yang terkandung di dalam kitab Bible, di samping bacaan-bacaan suci lain yang mengisahkan tentang bahaya kerakusan hawa nafsu manusia, dan mengenai datangnya Penyelamat (Messiah) yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada bangsa manusia.
Kebanyakan gereja juga mengamalkan upacara nyanyian karol yang dipersembahkan di dalam suasana nyalaan lilin, kebanyakannya melibatkan nyanyian atau bacaan suci Bible oleh koir dan juga para penganut yang taat.
MAKANAN TRADISI PERAYAAN KRISMAS
Makanan yang selalu di hidangkan semasa perayaan krismas ialah ayam belanda.
Suasana penyambutan Hari Krismas

Lingkaran Kedatangan (Advent wreath)
ialah selingkaran daun-daun pain, ivy dan holi, dengan lima batang
lilin di dalamnya yang digantung di dalam gereja. Lilin-lilin ini
dinyalakan pada setiap Ahad pada musim Kedatangan, dan lilin di tengah
dinyalakan pada pagi Hari Krismas. Gereja selalu dihiasi dengan dahan
dan daun hijau, di samping juga dimasukkan pohon Krismas.
Pembacaan kitab
Pada hari Krismas, diadakan sesi pembacaan kitab yang menceritakan kisah kelahiran Jesus yang terkandung di dalam kitab Bible, di samping bacaan-bacaan suci lain yang mengisahkan tentang bahaya kerakusan hawa nafsu manusia, dan mengenai datangnya Penyelamat (Messiah) yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada bangsa manusia.
Karol
Kebanyakan gereja juga mengamalkan upacara nyanyian karol yang dipersembahkan di dalam suasana nyalaan lilin, kebanyakannya melibatkan nyanyian atau bacaan suci Bible oleh koir dan juga para penganut yang taat.
MAKANAN TRADISI PERAYAAN KRISMAS
Makanan yang selalu di hidangkan semasa perayaan krismas ialah ayam belanda.
Suasana penyambutan Hari Krismas
7 ) PERAYAAN DI MALAYSIA
THAIPUSAM
Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh
masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi
menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada
bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan
'Thai'.
Bagi penganut yang beragama Hindu,
Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat
sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.
Sebelum
menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan
untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka
berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil.
Dua puluh empat jam sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan
berpuasa sepenuhnya.
Masyarakat yang beragama
Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di
Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu di sini.
Pada
hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewa
Subramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva, di atas pedati perak dan
diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama perayaan
Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu
sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni,
dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai
tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam.
Bagi
sesetengah penganut agama Hindu juga, mereka akan mencucuk logam atau
besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yang
lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri. Mereka akan
berkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'. Biasanya, pembawa
'kavadi' ini berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut rentak lagu
yang dimainkan.
Di Malaysia, pembawa 'kavadi'
ini akan berarak dan menaiki 272 anak tangga di Batu Caves sehingga
sampai di pintu gua dan meletakkan kavadi dihadapan patung dewa. Selain
itu, penganut agama Hindu juga akan membawa kelapa, madu, dan susu untuk
dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi mendapatkan restu.
Perayaan
Thaipusam di Malaysia, biasanya disambut secara meriah bagi masyarakat
yang beragama Hindu. Perayaan ini turut mendapat perhatian daripada
masyarakat yang berbangsa lain. Oleh itu, tidak hairanlah banyak
pelancong yang datang dan merakamkan suasana menarik semasa sambutan
perayaan ini.
BERIKUT IALAH VIDEO PENYAMBUTAN PERAYAAN THAIPUSAM
Saturday, 15 February 2014
6) PERAYAAN DI MALAYSIA
DEEPAVALI
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras
rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum
mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari
kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang
godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar
berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
AKTIVITI KAUM INDIA MERAYAKAN DEEPAVALI
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
MAKANAN TRADISI KAUM INDIA PADA PERAYAAN DEEPAVALI
Antara makanan tradisi yang selalu di hidangkan masa perayaan deepavali ialah
Vadai
merupakan kuih yang paling digemari oleh kebanyakan masyarakat Malaysia. Ianya
adalah sejeis makanan tradisional jenis kering .Kuih tersebut berbentuk gelung.
Ianya amat sesuai dihidangkan ketika masih panas dan sebagai hidangan minum
petang. Selain itu ianya turut dihidangkan pada hari perayaan Deepavali. Vadai
atau disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan orang India selatan. Terdapat
juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali. Vadai
perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak untuk memastikan gorengannya
menjadi mampat
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
AKTIVITI KAUM INDIA MERAYAKAN DEEPAVALI
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu
hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang
biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan.
Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa
Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang
mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
"Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.
MAKANAN TRADISI KAUM INDIA PADA PERAYAAN DEEPAVALI
Antara makanan tradisi yang selalu di hidangkan masa perayaan deepavali ialah
Meruku |
Meruku
bukan sahaja menjadi antara kuih kegemaran masyarakat India, malah menjadi
kegemaran masyarakat Malayu juga. Meruku selalunya dibuat pada musim perayaan
dan kenduri kendara. Meruku tersebut boleh dibuat dalam pelbagai bentuk sama ada
bulat panjang atau bintang panjang. Sungguhpun begitu cara pembuatannya adalah
sama. Ramuanya yang terdiri daripada pelbagai jenis rempah menambahkan lagi
aroma dan kelazatan meruku tersebut. Pada masa kini, meruku juga dihidangkan
pada hari-hari biasa dan dijual secara meluas di Malaysia.
Thosai |
hosai
juga sejenis makanan tradisional yang terkenal di kalangan kaum India. Selain
itu thosai sering juga dihidangkan ketika hari perayaan seperti Deepavali dan
majlis-majlis keraian dan hari jadi. Thosai dijual di gerai-gerai dan
restoran-restoran India. Thosai biasanya dimakan ketika sarapan dan minum
petang. Rasa thosai sedap tetapi agak masam. Thosai bertambah enak jika dimakan
bersama sambal sardin, kelapa yang telah dimasak dan kuah kari
Putu Mayam |
Putu mayam
ialah sejenis makanan manis yang selalunya dimakan ketika sarapan pagi ataupun
sebagai snek. Putu mayam diperbuat daripada adunan
tepung beras yang dicampur dengan air, santan kelapa yang kemudiannya, doh itu
ditekan ke penyaring untuk menjadikannya seperti mi halus. Selepas itu, ia akan
distimkan dengan perahan air daun untuk dijadikan sebagai perasa. Setelah siap,
mi itu akan dihidangkan bersama-sama parutan kelapa dan gula melaka.
Vadai |
Idli |
Idli
juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya,
sanna,rave atau sambar idli.Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun
sebagai makanan ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari
buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan
nasi.
PAKAIAN TRADISI KAUM INDIA KETIKA MERAYAKAN DEEPAVALI
Berikut ialah orang India merayakan Deepavali, pakaian yang akan dipakai ialah :-

5) PERAYAAN DI MALAYSIA
CHAP GOH MEH
Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.
Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.
Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.

Subscribe to:
Posts (Atom)